PENGHAYATAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN YANG SEMAKIN TERHAKIS
PENGHAYATAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN YANG SEMAKIN TERHAKIS
πππ
POSTER FPK:
πππ
PENGENALAN
FPK digubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan,asas dan inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Aspek pembangunan modal insan ditekankan kerana modal insan yang seimbang akan menjamin pembanguna sesebuah negara. pendidikan memainkan peranan penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
MATLAMAT FPK
Melahirkan rakyat yang sempurna yang mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Percaya kepada Tuhan
2. Berilmu pengetahuan
3. Berakhlak mulia
4. Bertanggungjawab kepada diri
5. Memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu
6. Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum
KESAN KURANGNYA PENGHAYATANG FPK
1. Melahirkan rakyat Malaysia yang tidak berketrampilan kerana tidak memiliki pengetahuan dan kelayakan yang kurang sesuai dengan tugas. Mereka tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan kerana kurangnya penghayatan terhadap FPK.
2. Melahirkan rakyat yang tidak berakhlak . Tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk dan tidak mengamalkan nilai murni. Hal ini bertentangan dengan konsep rakyat berakhlak.
3. Melahirkan rakyat yang tidak berupaya mencapai kesejahteraan diri dan berfikiran tidak waras serta tidak tenang. Mereka tidak bersedia untuk menghadapi cabaran kerana kurangnya penghayatan FPK.
4. Melahirkan rakyat yang mengganggu keharmonian kerana tiada sifat cinta akan negara dan keamanan dan tidak terfikir untuk menjaga kedaulatan negara disebabkan kurangnya penghayatan terhadap FPK.
Comments
Post a Comment