ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN DALAM MENJAYAKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN MALAYSIA
ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN DALAM MENJAYAKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN MALAYSIA
💖💖
Isu pertama ialah memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem. Isu kedua ialah Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025. Isu ketiga ialah Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam KPM, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.
Cabaran yang dhadapi dalam menjayakan transformasi pendidikan Malaysia ialah cabaran dalam mengekalkan kestabilan politik. Hal ini demikian kerana, kestabilan politik memainkan peranan yang besar untuk memacu arus kemajuan dunia pendidikan. Suasana negara yang aman dan damai negara Malaysia dapat membantu untuk menjayakan segala perancangan yang telah ditetapkan tanpa sebarang ganguan dan kesilapan. Sebagai contoh, dapat dilihat di negara-negara yang politiknya tidak stabil pada hari ini, perancangan pendidikan tidak akan berjalan seperti yang diinginkan. Apabila suasana politik di sesebuah negara tidak stabil maka negara akan menjadi huru hara serta berlakunya kekacauan yang tidak dapat dikawal. Ketidakstabilan ini akan menyebabkan sesebuah negara terpaksa menanggung kerugian dan akan menelan belanja yang besar untuk membangunkan semula perancangan pendidikan yang telah ditetapkan.
Selain itu, cabaran dalam mengekalkan kestabilan ekonomi juga berkait dengan cabaran menjayakan transformasi pendidikan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui peningkatan kemajuan ekonomi negara dapat membantu untuk membangunkan sektor pendidikan negara. Negara Malaysia mempunyai banyak kemudahan seperti infrastruktur termasuk bangunan-bangunan pendidikan hasil dari ekonomi negara yang baik ini. Kestabilan ekonomi ini harus dikekalkan bagi membolehkan dana dan peruntukan terus disalurkan bagi melaksanakan agenda penambahbaikan pendidikan negara. Sekirnya ini tidak berlaku, negara Malaysia mungkin akan mengalami sekali lagi detik hitam apabila Malaysia mengalami krisis ekonomi pada tahun 2007 menyebabkan peruntukan perbelanjaan pendidikan ditarik balik.
Di samping itu, cabaran yang dihadapi dalam menyajakan hasrat pendidikan ini ialah cabaran menangani isu sosial. Sudah sedia maklum bahawa setiap negara semestinya akan berhadapan dengan masalah untuk nengani masalah sosial. Masalah sosial ini juga banyak merujuk kepada mereka yang menghuni institusi pendidikan terutamanya di sekolah. Dapat kita dengari pelbagai masalah sosial yang timbul di sesebuah sekolah. Antara masalah sosial yang dilakukan oleh pelajaran di sekolah ialah ponteng sekolah, merokok, kes dadah, meminum minuman keras, buli dan sebagainya. Masalah ini sedikit sebanyak membantut perkembangan pendidikan yang sedia ada. Andai pmasalah sosial ini terus berulang di dalam institusi pendidikan, ianya boleh menyebabkan keruntuhan sistem pendidikan itu sendiri.
Selain itu, cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum juga merupakan cabaran yang harus ditempuhi untuk mentransformasikan pendidikan negara. Secara umumnya, negara Malaysia terdiri dari pelbagai suku kaum dan agama. Kepelbagaian ini menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang unik. Namun begitu, perpaduan yang terjalin hari ini menjadi semakin rapuh. Hal ini demikian kerana timbulnya kes-kes terpencil yang melibatkan kaum di sekolah. Kes terpencil seperti ini harus dicegah secepat mungkir agar perpaduan yang terjalin tidak akan terus terputus. Setiap kaum haruslah bekerjasama dan saling memahami antara satu sama lain agar hasrat pendidikan melalui pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar dapat terlaksana dengan jayanya. Ini akan memberi kesan secara tidak langsung dalam membantu mentransformasikan pendidikan negara.
Akhir sekali, cabaran yang dihadapi dalam menjayakan transformasi pendidikan Malaysia ialah cabaran dari segi pemantapan agama. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab. Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk memantapkan potensi diri dari segi keagamaan. Pemantapan agama ini penting agar pelajar tidak terpesong ke arah keburukan dan seterusnya dapat mendokong usaha ke arah perkembangan pendidikan di negara Malaysia.
💘💘💘
Peta Minda:
Comments
Post a Comment